|
|
| Saturday, 29-Mar-2008 21:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Black & White Part I
|
|
yeaaaahhh.. lama sudah aku tak mengadap 'fotosyok'.. malam ni ada masa utk aku lawati forum berkaitan fotografi. dan dikesempatan yg ada ni beb, wa gunakan sepenuhnya untuk mempelajari dan mempraktikkan teknik² fotografi di malam hari. Esok, jika 'free'... aku cuba lapangkan masa untuk aku wat prektikal.. harap2 cuaca elok lah..
biasalah kan, belajar sendiri ni.. tanpa guru banyak risikonya, sama ada risiko terhadap kamera, 'equipment', diri sendiri dan paling memberi kesan sama ada baik atau tidak adalah hasil gambar melalui eksperimen tersebut.
Esok?? Hari ini lah.. 'taim' aku dok menaip nih dah jam 5.15 pagi tak tido² lagi.. hahaha..
yelah dah datang mood tu nak ngadap 'fotosyok' nih, sampai leka lak dah kol 5 pagi upenye...
Minggu lepas, banyak event dan pelbagai aktiviti yg aku sempat hadiri antaranya, bawa tourist dari singapura 'one day trip' ke puncak ledang. Sempat lah tido semalam kat kaki gunung tu. Pagi2 dok tggu pintu gate buka terus up ke puncak ledang dengan menaiki 4x4 member aku. Sampai di lokasi tempat letak kereta, kami pon mula mendaki dan sampai ke puncak dalam jam 12.30pm. Cuaca kurang baik hari tu. Tak dapat lah nak tengok view cantik2..dan petang tu jugak aku anto dak singapura tu ke 'bus stand' berhampiran.
Malamnya ada program kebudayaan anjuran Kekkwa, aku sempat lah ke sana. Pelik gak, apsal sesak.. aku ingt biasa² jek.. rupanya ada farhan AF4, oklah tu. merasalah jugak org sini jumpa artis tempatan yg tengah hangat lah jugak. Eceh.
Esoknya pagi² aku kena kije, ptgnya kawan aku minta dtg UiTM Johor coz ada tonemen ragbi (open), banyak gaklah team yg power² (walaupun kurang minat sukan ni) antaranya blackhawk & sukma N9. Gambar di atas adalah antara aksi² diwaktu kejadian.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Mar-2008 19:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pak Ngah Balik
|
|
lokasi : Loji Air Gunung Ledang
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 18-Mar-2008 20:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Iena : My 'Biras'
|
|
Gambar ini dirakamkan selepas majlis pernikahan abang ipar aku (wife aku nya abg lerr..tapi ni org umahnya.. hahaha) 15 Mac yang lepas..Jika diikutkan kehendak hati. Nak jugak merasa outing di JB, kebetulan ada rakan2 yang buat outing di JB pada esoknya. Tapi apakan daya, nama pon abang ipar.. mintak tolong ambil gambar di majlis perkahwinan beliau. Nak ke tak nak.. kene lah buat jugak...Bila aku tanya dia nak yang macam mana??? Dia jawap.. nak yg macam aku pernah buat...Bila aku tunjuk contoh gambar yg aku buat, 1 custom album dan 1 pocket album..dia terus tanye.. nih berapa?? dan bila aku bagitau harga rate photografer.. hihihi.. terperanjat betul dia.."Mahalnya!!" Hahahaha.. yang gi tanya sape suruh.. so, aku pon tanye.. nak yg macamana? dia ckp... alahhh.. yg murah2 ajeklah.. hahahaha.. aku pon iye kan ajeklah..dia bayar berapa sekali pon aku terima.. abang ipar aku kan. Tapi agak2 lah.. taklah sepesel mana pon. yang penting ada kenangan untuk beliau. Boleh ke aku wat macm tu? hahaha..
Lama betul aku tak upload gambar kan?
Yalah, aritu sebok musim PRU... memang banyak sangat gambar musim PRU tu.. tapi malas aku nak upload sebab area sini taklah banyak sangat perang poster nya. moment tu ada.. Tapi kurenglah sikit.. Kang org ckp aku nih berpolitik walaupun pada dasarnya aku memang tak minat berpolitik.. dah sememangnya aku bekerja ngan org politik. So, takleh nak lari lah daripada situasi sedemikian...
Lupa juga nak bagitau, semalam.. 17 Mac 2008, siti zarith sofea genap sebulan umurnya.. huhu. kejap ajek kan..ragam dia pun dah makin bertambah sekarang ni.. Biasalah, anak perempuan lah katakan..Berbeza ragamnya ngan anak lelaki...Hihihi..
Apekemende aku mengarut pagi ni??? hahaha..
Yang sebenarnya, tadi aku tertido awal dalam jam 10 malam. kemudian aku pon terbangun lebih kurang nak kol 1 pagi.. so, bile dah terjaga tu.. maka ternganga lah aku tak tau nak buat ape...Almaklumlah.. orang yang sedang berpuasa ni kan.. So, dalam dok merayau kat alam maya ni.. terjumpa satu tutorial berkaitan Out Of Bounds.. maka dengan itu, aku pon mempraktikkannye..
Korang takmo terai ke?
terailah...
terailah...
tapi aku tak reti nak mengajar..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 07:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penamaan Calon 24 Feb 2008
|
|
antara ragam-ragam manusia semasa penamaan calon di Parlimen Sekijang (Pejabat Daerah Segamat)
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 27-Feb-2008 16:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Gadis Sepi???
|
|
siapakah gerangan gadis ini? kwang3
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 19-Feb-2008 19:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Siti Zarith Sofea
|
|
Dilahirkan pada hari Ahad,
17 Februari 2008 bersamaan 10 Safar 1429H
Jam 2108
Di Hospital Segamat.
Berat 2.8kg
sedikit info untuk kalian.
Siti Zarith Sofea - Hamparan bunga yang suci bersih
bersifat manis muka,
buat orang gembira,
senang hati ibu & bapa,
penyimpan rahsia,
taat,
muka bujur kulit putih,
tak lekas marah,
suara sederhana,
bekerjaya.
p/s : Terima kasih kepada Ustaz Latif yang tolong dapatkan maksud nama Siti Zarith Sofea setelah puas seharian aku cari di internet, buku himpunan nama2 dalam Islam dan beberapa kenalan yang aku rujuk, kebanyakkan tak dapat mencari maksud nama zarith tu.. huhuhu
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Feb-2008 20:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Silhouette Part III (with Za'im)
|
|
Aku jatuh cinta dengan sillhoutte ni. Tapi apa kan daya kat sini takde tempat yang sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran. Kenelah pegi ke Melaka. Tu pon kebetulan masa pergi kenduri kahwen di rumah ardi tempohari. Jadiklah.. ada rezki pergilah lagi nanti.
Sekarang ni tengah sibuk dengan persiapan untuk pilihanraya. So, masa untuk memegang kamera pon terhad. Ape nak buat. Dah begini yang tersurat.
Alhamdulillah isteri aku selamat melahirkan bayi perempuan jam 2105 17 Februari 2008. Inilah kali pertama aku dapat melihat dengan mata aku sendiri bagaimana peritnya seorang perempuan yang bergelar isteri untuk menanggung kesakitan sepanjang 9 bulan dan menanggung keperitan semasa melahirkan anak. Sebelum ini, disebabkan kerja aku tidak berkesempatan untuk merasainya. Rasa nak menangis pon ada tadi.. Tapi aku dok tahan jek air mata nih jangan mengalir, dalam masa yang sama bagi sokongan yang kuat pada isteri.
Za'im dah ada kawan lah pasni..
Ape nama nak bagi ya?? Siti Z.........
|
|
|
|
|
|
| Friday, 15-Feb-2008 19:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Silhouette Part II (unsharp)
|
|
dari sehari ke sehari sesingkat masa yg ada aku cuba lagi.. huhuhuh
|
|
|
|
|
|
| Monday, 11-Feb-2008 19:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Silhouette Part 1
|
|
'I feel something'
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Feb-2008 22:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
She's Hot
|
|
Cuti yang panjang selama 4 hari ini dapatlah aku menghadap komputer meluangkan lebih banyak masa untuk melayani karenah Kedai Foto. Sedikit sebanyak dapatlah aku memahirkan diri ini yang 'zero' dalam bidang grafik, fotografi dan apa sahaja hobi yang aku ceburi sebelum ini. Gitar, belajar pun tanpa guru, menari pun begitu juga.Mula-mula sekadar ikutan, lama-lama bila dah 'syok' barulah ada guru sehinggakan pada satu ketika dulu aku sampai ke tahap guru juga. Gambus?? Setelah aku menceburi bidang tarian tradisional, aku jatuh hati dengan keunikan bunyi gambus. Biola pon sama juga, bila digesek mendayu-mendayu..Oh, asyiknya.. Itupun bila kita tahu guna, jika tidak... Dah macam orang menangis pula dengar, sakit telinga pun ya. Semua ini aku pelajari melalui pengalaman, penglihatan, meniru dan sebagainya. Lihat, dengar, simpan dan buat. Macam mana orang lain boleh buat, semestinya aku pun boleh. Begitu juga dalam bidang fotografi ini.Ya, semestinya banyak lagi yang aku perlu pelajari.
Kebetulan kebanyakan rakan-rakan yang bekerja di luar, mahupun yang sambung belajar sebelum ini ada pulang bercuti. Sesekali berkumpul apa salahnya ya tak. Tiap-tiap malam aku luangkan masa bersama mereka untuk bercerita, lebih-lebih lagi kenangan yang lampau dijadikan bahan untuk gelak ketawa. Pelbagai aktiviti aku ikut walaupun badan letih dan dalam masa yang sama aku tidak boleh jalan jauh sangat memandangkan 'wife' aku sedang menanti hari sahaja untuk melahirkan anak aku yang kedua. Tapi yang pastinya ke mana sahaja aku pergi tidak akan ku tinggalkan kekasih yang kini tersemat di hati (D80)
Dua kerja kahwin aku tolak, bukan kerana aku tidak mampu lakukan tetapi semuanya atas permintaan minit-minit terakhir. Mana boleh, sebab aku dah bagi masa cuti ini untuk aku bersantai, bertemu kawan-kawan lama, dan keluarga di TKO.
Bukan aku berlagak, tapi setiap kerja memerlukan komitmen yang tinggi. Jika permintaan diminit-minit terakhir, mana bisa untuk aku bersedia. Jam 7.00am 9/09/08 kawan aku telefon minta ambil gambar di perkahwinan adik beliau pada hari berkenaan. Huh, ini kerja gila!! aku dah berjanji untuk ke Melaka menghadiri perkahwinan sahabat TKO di Melaka. Mana mungkin untuk aku mungkiri. Di hari yang sama, seorang lagi kawan lama juga mendirikan rumahtangga dan minta aku untuk merakamkan hari bersejarah beliau. Erk, bukan tak nak, tapi badan aku satu, mana mampu untuk dikerat tiga kawan.
Mungkin bukan rezeki aku hari ini, esok atau lusa mana kita tahu kan? Yang penting buktikan hasil kerja kita. Bila orang sudah yakin, semestinya tiada lain.
Projek pertama aku untuk merealisasikan hari bersejarah persandingan kawan aku (Edo) dalam bentuk 'Custom Album' pon dah siap. 'Pocket Album' awal-awal aku dah beri. Cantik sangat, aku puas hati dengan apa yang dihasilkan. Terima kasih kepada Aizuddin Saad yang sedikit sebanyak ada membantu aku untuk menyiapkan projek tersebut. Terima kasih juga kepada Zara kerana kenalkan aku dengan Aizuddin. Niat aku pada mulanya tertarik dengan bidang fotografi ini bukan untuk fokus kepada 'Wedding Photography', tapi kebetulan masa pun ada, dah permintaan kawan, masakan aku hendak hampakan mereka. Ya tak?
Hari ini, hampir empat bulan aku guna SLR, aku bertambah yakin dengan apa yang aku lakukan walaupun tak sehebat rakan-rakan seperjuangan. Kelmarin, kesempatan yang ada bersama kawan-kawan aku gunakan sepenuhnya. Kebetulan muka Amy (tunang Azhar) memang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan kajian aku pada malam itu. Takkan nak biarkan begitu sahaja bila orang dah ada di depan mata. Bak kata abam dome, kene cargas.
Lihatlah hasilnya.
*Banyak plak idea aku membebel pagi-pagi buta ni. huhuhu..
|
|
|
|
|