Want your
own Fotopage?












 
kacaptelabik digitalP H O T O

By: kacap telabik

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]
Thursday, 7-Feb-2008 17:34 Email | Share | | Bookmark
Holiday 2008 Part 1



Happy Chinese New Year 2008.

Kepada semua rakan-rakan masyarakat tiong hua dan seangkatan.
Semoga hubungan yang terjalin akan terus berkekalan ke akhir hayat.

Care to comment?


Thursday, 7-Feb-2008 10:52 Email | Share | | Bookmark
3 Dara Taman Permainan



Kejadian ini dirakamkan selepas Majlis Pelancaran Gerak Gempur Pilihanraya di sini yang telah disempurnakan oleh MB Johor.

Lokasi : Taman Pelangi, Segamat


p/s : aku tak dapat join naik gunung arini.. stanby 4 new born.

Care to comment?


Monday, 4-Feb-2008 06:18 Email | Share | | Bookmark
Chemistry of Gold



kalau kita tak cuba, sampai bila lah kita tak tau..
so, cuba-cubalah selalu..
tanya-tanyalah cik gu..
jangan malu-malu..
orang taknak bagitau..
xpe.. mungkin tak hari ini..esok... lusa.. tak pun rabu..
akhirnya kan tau..

pewwiittt.....
saya selamat...panggil mat jer....ekekek....
smart laaa gambar bro....
Mon 11-Feb-2008 20:01
Posted by:skamals suzaizulkamal@gmail.com
suka sesangat gamba nie... en kacap.. ader chemistry gold yg mana satu? Tue 12-Feb-2008 09:12
Posted by:elyna
selamat : hahaha.. nak yg mana 1 mat?? nnti konvo mau amik gambar bgtau arr.. bleh aku turun sana..

elyna : erk.. ermm.. urrmm... yg satu lagi lagi.. hahahah
Tue 12-Feb-2008 17:04
Posted by:kacaptelabik  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 2-Feb-2008 08:14 Email | Share | | Bookmark
Merah



Lagi gambar pelajar uitm johor semasa malam anugerah sukan 2007

ada orang kata, gambar aku tak sehebat mana!!
ya, memang betul sebab aku belum capai lagi tahap fotografer.

ada orang kata, aku tak pandai memanipulasi gambar!!
ya, aku akui memang aku tak pandai memanipulasi gambar..

sebab apa? sebab bidang ini pada mulanya ku anggap sekadar snap dan cuci.
rupa-rupanya ada cabang seni yang aku perlu pelajari dan teroka dari segenap sudut.
masa merupakan faktor yang amat penting untuk meneroka bidang ini.
jika tak cukup masa, jauh akan ketinggalan.

Bagi aku bidang fotografi ini amat luas, ada orang suke ambil gambar untuk merakamkan detik bersejarah mereka (macam aku dulu2). snap dan cuci.. takpun simpan buat kenangan.
Tapi sekarang, aku perlu fikir dulu apakah tujuan aku utk merakam gambar tersebut. Banyak persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Macam mana aku nak hasilkan gambar macam si polan, sedangkan di keliling aku tiada pemandangan sedemikian. Macam2 faktor dan halangan yang perlu aku tempuhi untuk menanam minat dan semangat yang mendalam bidang fotografi ini.

Aku rasa aku dah jatuh cinta dalam bidang ni..

tengokkk.. dtg sini bukan nak jumpa aku..
niat nak jumpa awek.. siut tol..
hampa tau.. wakakaka
Sat 2-Feb-2008 11:49
Posted by:kacaptelabik  - [Link]
u'll be doing fine kacap. ya, agreed wit u. its an endless journey dalam photography. but its not limited to that area jek, others too kan? selamat berkarya kacap! Sat 2-Feb-2008 16:48
Posted by:Zara~AB zara_7696@yahoo.com  - [Link]
terima kasih zara.. Sun 3-Feb-2008 07:31
Posted by:kacaptelabik  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Thursday, 31-Jan-2008 04:34 Email | Share | | Bookmark
Anugerah Sukan UiTM Johor







Semalam, balik dari kerja kawan aku call mintak tolong shot even yang pelajar diaorg organize. Nak tak nak kene lah amik jugak walaupun badan ni sebenarnya letih. Aku call dia balik sebab aku rasa aku tak sempat datang mengikut masa yg dia tetap kan. Sebab jarak perjalanan opis aku ke rumah aje dah dekat nak 30-40 minit.

Berbalik cerita berkenaan event di atas, sampai2 jek kawan aku terus soh amik gambar. Erk, aku tak ready.. nak amik gambar ape? untuk ape? sebab aku tak tau ape yg dia nak sebenarnya.

Bila dah kata gitu, nampak gayanya kenelah aku ikut suka hati.. hehehe.. yelah ikut suke hati yg agak-agak burung gagak..Aku pk kalo dah nama Majlis Malam Anugerah Sukan UiTM Johor, sudah semestinya ada penyampaian anugerah. Ape yg aku buat, seperti biasa aku baca buku program dan aturcara majlis dan seterus apabila dah memamahi.. maka berjalanlah misi.

Tapi, masalah yg aku alami berkenaan syiling, nak bounce kat mana? sikit punya tinggi syiling dewan tu, sabar ajeklah. Dahlah kebanyakannya dieorg sume pakai baju hitam. Yang bestnya dieorg sume sporting. Yang aku ingt lala ngan apek.. madang (selalu) muke dia ajek yg nak bergambar..

Walau apepun tahniah kepada mereka yang terima anugerah tersebut. Ada event lagi nnti jemputlah lah lagi ya...Lain-lain gambar kadang² ada di anjung photo http://www.tokeikedai.net.my/v8

***Takziah buat keluarga Loloq.

wah, rajinnya cover event! Sat 2-Feb-2008 08:11
Posted by:Zara~AB  - [Link]
zara..
kene rajin utk improvekan diri sendiri..
seblum puaskan org lain kan..
bile ada peluang dan ruang.. tkkan nak biarkan begitu sahaja..
walaupun dari segi fizikal nya tak dapat apa2..
Sat 2-Feb-2008 11:47
Posted by:kacaptelabik  - [Link]
Add comment


Tuesday, 29-Jan-2008 09:08 Email | Share | | Bookmark
wedding-outdoor



Kebetulan hari minggu aritu aku terserempak dengan pasangan pengantin yang sedang bergambar di taman batu hampar (rock garden) Segamat.

Apa lagi, gunalah kesempatan yang ada walaupun dari jauh aje.
Peluang yang ada takkan nak dilepaskan begitu sahaja kan.

haha ko curi2 je ehh amek gambo dorang jgn kena baling batu udah ahhaha Wed 30-Jan-2008 16:08
Posted by:sakossz
tapi aku dah bagi bahasa isyarat nak amik gambo dieorg.. hehehe Thu 31-Jan-2008 04:19
Posted by:kacaptelabik  - [Link]
Add comment


Saturday, 19-Jan-2008 06:55 Email | Share | | Bookmark
Look Into Ur Eyes



Selamat Hari Sabtu dan selamatlah hari-hari untuk semua, semoga hari-hari yang mendatang membawa keberkatan kepada kalian lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang mencari rezki di bawah mentari sana tu..

kenapa aku tujukan kepada mereka yg hanya bekerja di bawah terik matahari aja? tidak kepada mereka yang bekerja dalam bangunan dsbnya..?? hahaha sebab baru-baru ini baru aje sehari aku berjemur seharian untuk siapkan kije luar dan kebetulan pada hari tersebutnya panasnya lain macam.. Terfikir plak aku macamana lah dengan mereka yang hari-hari kerjanya di bawah panas mentari ni agaknya ya..?Bukan aku tak pernah merasa, mungkin dah lama tak merasa.. tu yang kurang daya tahan penyakit.

Alhamdulillah, hari ini aku kembali sihat seperti sediakala baru baik demam panas. Panas yang teramat sangat kerana dalam tempoh aku bekerja selama ini tak pernah aku cuti sakit. Orang umah sendiri gelakkan aku "pestaim tengok abg cuti" katanya.. hahaha sabar ajeklah.

Dan bernasib baiklah adanya orang umah yang sedia menjaga aku taim tak berapa sihat tu. huhu Dia yang larikan aku ke klinik.. (aku degil orgnya hahaha) Betullah kata sorang hamba Allah tu.. ko baiklah camne ngan org.. ko lebih kan lah orang lain macam mana pon. tapi taim ko sakit nnti.. Family lah yang hari2 jaga kau. Bukan mereka.. Dan beruntunglah kau jika kawan-kawan ko tu sempat untuk datang melawat. Hmmm.. terpk gak aku, sebab sebelum ini aku memang lebihkan kawan dan kerja daripada yang lain..

Ape kaitan ngan gambar di atas?

Tiada apa sebenarnya cuma gambar di atas dirakam sebelum aku demam esok harinya.. hihi..
tengok muka anak sejuk jek hati. Bila kita cakap dia dengar kata. Dan sebelum tido aku selalu ingtkan dia. belajar pandai-pandai.. Jadi pemimpin yang terbaik nanti.. Tiap kali aku cakap.. tiap kali tu lah dia angguk kepale sambil mata dia pejam tido..

Sekian untuk hari ini. Jumpa lagi ya.

ehhehe weii ape2 nnt ajor la aku.. aku br nak bertapak ..maseh guyang lg ehehe.. tp aku mencuba.. ehe Sun 20-Jan-2008 14:58
Posted by:sakossz tererclan@yahoo.com  - [Link]
boleh... mai datang sini.. hehee Wed 23-Jan-2008 08:14
Posted by:kacaptelabik  - [Link]
haha mai dtng sini la weii Sat 26-Jan-2008 12:06
Posted by:sakossz
Add comment


Friday, 11-Jan-2008 10:16 Email | Share | | Bookmark
kawen lagi..



sorilah jika ada yg jemu nengok muka pengantin yg sama buat masa ni dalam koleksi aku. Nak wat camne, inilah kali pertama dapat hasilkan sendiri, hasil titik peluh sendiri berkat kawan-kawan yang sudi mengajar, share gambar dan sebagainya.

Kebanyakan web yang banyak memberi tunjuk ajar untuk aku meneruskan aktiviti dalam bidang fotografi ini adalah di forum tokeikedai.net.my adminnya dome, fotopages.com.my dan candidsyndrom.. aku harap aku akan tersu bersemangat dalam bidang ini. jgn angan-angan tahi ayam sudah. walaupun bidang ini belum menjadi kerjaya sepenuh masa untuk aku. Bagi aku, nilainya tetap sama.. amat berharga bagi aku.

Ape aku melalut ni? takde ape.. cuma aku takut korang jemu jek ngan hasil aku yg tak sehebat mana ni.. hihi.. jumpa lagi di lain siri..

Takziah buat keluarga Datuk Krishnan, (ADUN Johor-Tenggaruh) yang baru saja meninggal dunia kerana ditembak mati tadi.

wah2, kacap skrang dah layan wedding jek! Sun 13-Jan-2008 16:11
Posted by:Zara~AB zara_7696@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 9-Jan-2008 12:27 Email | Share | | Bookmark
Belajar lah dari kesilapan, jangan ulang kesilapan..



Semalam aku ada masa sedikit untuk edit gambar Pak Lah.. Gambar ni diambil sebulan yang lepas ketika lawatan Pak Lah ke Segamat. dan dalam masa yg sama Segamat di landa banjir. Nasib baiklah tak macam tahun lepas,
Dalam kesebokan aku menjalani kehidupan seharian, sempat jugaklah ringan kan tangan tuk pegang kamera.. kerja-kerja jugak, tp kesempatan yang ada tak boleh dilepaskan..
Dulu-dulu boleh lah pegang PNS, bleh suruk2.. skang ni nak masuk kocek pon tak muat..tau ajeklah.. kat sini kalo orang selalu tengok kita. tibe2 hari tu kita pegang kamera lain sikit dia dah kata.. "Nak jadik wartawan ke?"

Dan aku pernah dengan secara seloroh seorang pengacara yg boleh dikatakan terkenal gaklah berkata " hah, yg depan ni wartawan daripada surat khabar Tamil mana?" hehehe.. aku senyum ajeklah.. tak amik port pon.. hihi

berbalik cerita pasal gambar paklah ni..nak amik gambar kenamaan nih bukannye boleh sebarang, tapi kenelah usaha..dengan halangan dari pihak keselamatan lagi.. photog2 lain.. nak cari angle yang menarik bukannya mudah. Aku pulak jenis penyegan, sabar ajeklah.. tak sempat nak setting2 lagi disebabkan beberapa halangan yg lain (kerja).

Kebanyakkan gambarnya sume overexpose, aku cuba edit, crop dan sebagainya. dan ini salah satu hasilnya. Entahlah, pada pandangan aku lawa, tapi blum cukup lawa.. ermm camne tu?
Mesti ada yg kurang.. takpe.. belajar dari kesilapan.. tengok contoh gambar yg dihasilkan kawan2 yg lain.. Maka, awak plak takde asas fotografi.. sabar ajeklah..

Care to comment?


Tuesday, 8-Jan-2008 06:16 Email | Share | | Bookmark
lagi-lagi kawen??


Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.